About Me

My photo
Kuala Lumpur, Malaysia
"luaskan idea & imaginasi"




Thursday, December 23, 2010

Terdetik Sejenak...

Dulu aku datang dengan segudang rasa...
alam ku dambakan hembusan salju...
biar bulan menangis tapi aku tidak mahu...
biar matahari panas tapi aku tidak terik...
cahaya ke cahaya mencari kandungan...
tiada tangis kerana tangis itu sudah ku dikuburkan...
tiada lagi angan dan khayalan kerana mimpi telah jadi nyata...
hari-hari terasa indah mentari selalu bersinar cerah...
awan mendung seakan sinar...
tiada lagi malam sepi kerana bintang hiasi hati...
kerana bulan temani indahnya malam...
fikiran melayang hadirkan mimpi-mimpi...
menghadapi hidup dengan cahaya...
dan diulitkan dengan irama motivasi...
berdiri memandang langit dan bumi...
ke hadapan dan di setiap sisi...
agar dapat kecapi ketenangan yang abadi...

annisshafaruddin.








 


Sunday, October 24, 2010

Saturday, October 16, 2010

Malam Yang Dingin...

erm...malam semakin gelap gelita...diterangi cahaya lampu jalan yang berwarna jingga...tergerak hati untuk mencoret sesuatu...jadi disinilah tempatnya...apa yang ingin ku ungkapkan tidaklah penting sangat tapi ianya memang fakta saja...tiada yang dusta...hihihihihi...terasa sejuk sedikit malam ini...suasana dan udaranya sungguh mendinginkan jiwa....seorang diri metaforanya...ku terasa kosong tiba-tiba...tapi tidaklah sunyi...cuma perasaan itu kadang-kadang memang akan hadir dengan sendirinya...mungkin sebenarnya hatiku sunyi tapi ku cuba untuk sembunyikannya...erm...memang itu perasaannya...tidak dapat ku tepiskan lagi...heehehee...tapi cerita yang ku coretkan ini pun...bukan kisah sedih....sedang bosanlah katakan...memang bosan...serius...!!!hahahahaha....hidup ini kadang-kadang memang merumitkan...betulkah begitu...??hihihhihi...atau mungkinkah kita sendiri yang merumitkannya...sedangkan ianya biasa-biasa saja...jadi...fikir-fikirkanlah...atau pun tidak perlu memikirkannya...tidaklah penting sangat...lalalalala...mungkin ini sahaja yang ku ingin catatkan...sebenarnya masih panjang lagi...tapi nanti kebosanan pula...huhuhuhu...baiklah sekian...

Thursday, September 2, 2010

Hanya Kau

hanya kau
yang selalu ku rindu
wajahmu sering mewarnai hidupku
hanya kau
hanya engkau yg selalu ku cinta
selamanyaaa
apa saja yang kau minta
akan ku tunai segala
wahai dewi…
kaulah penyeri dikala ku sepi
ketika ku sendiri
ohh sayang..
kehadiranmu umpama sinar suria
bagaimana aku bisa
melupakan dirimu hingga ke akhir hayatku
cubalah kau renungi kata-kataku ini
satu-satunya dihatiku hanya kau sayang...

Artis : The Siblings

Sunday, August 29, 2010

Rahsia Ketenangan Hati

Ingin saya kongsikan bersama-sama dengan anda semua
supaya menjadi renungan bersama...

1.Doa harian pada setiap selepas solat 






2.Menghidupkan malam dengan beribadah.













(4 penawar bagi org yg bangun malam.)


  • dapat merapatkan diri pada ALLAH.
  • dapat mencegah diri daripada perkara2 perbuatan maksiat.
  • dapat menghapuskan dosa2 kita pada ALLAH.
  • dapat menghapuskan penyakit pada badan kita.
9 keistimewaan daripada ALLAH bagi orang bangun malam solat tahjud.

(5 perkara akan dapat didunia)

  • diselamatkan dari segala bencana.
  • berkat akan nampak keatas wajahnya.
  • dirinya akan disukai oleh hamba ALLAH.
  • dirinya akan bercakap secara hikmah.
  • dirinya akan diberi kebijaksanaan oleh ALLAH.






(4 perkara akan dapat diakhirat)

  • akan dipimpin tangannya dari kubur dengan wajah yang berseri2.
  • diringankan hisab dan perhitungannya.
  • dia akan dimudahkan meniti sirathalmustaqem seperti kilat menyambar.
  • akan menerima kitab amalannya dari tangan kanan.






3.Dengan menyedari bahawa waktu yang diberi oleh ALLAH pada kita ini tidak boleh kita ganti semula.

(4 waktu jika kita manfaatkan dengan betul,kita akan memiliki jiwa yg tenang)

  • ketika kita menerima nikmat (bersyukur).
  • ketika kita ditimpa bencana dan musibah (bersabar,reda dan tabah)
  • kita kena taat dan istiqamah pada ALLAH (solat,baca quran,zikir dll)
  • kita kena sedar akan dosa kita kepada ALLAH (bertaubat dan beristriqfar)
4.Memahami keistimewaan zikrullah.(banyak berzikir) 

5.Sentiasa berteman dengan kawan-kawan yang baik akhlaknya (soleh dan solehah)

6.Hendaklah kita bersihkan jiwa kita daripada sifat yang tercela.(rohani)

(cara membersihkan jiwa kita)


  • bertaubat pada ALLAH.
  • kita sendiri ada keazaman untuk berubah.
7.Sentiasa muhasabah diri.
  • sentiasa berfikir dahulu sebelum melakukan satu perkara.
  • pemaaf






8.Muraqabah (sentiasa merasakan ALLAH bersama kita)

9.Mujahadah (bersungguh-sungguh)


  • melakukan ketaatan kepada ALLAH dengan bersungguh-sungguh.

Saturday, August 28, 2010

Ramadhan








Ku sambut mesra bulan Ramadhan yang mulia ini                         
Bersama terang dan sinar mentari pagi




Tersenyum mawar dan melor sejuta bunga
Dengan berbagai gaya dan kembangnya
Menenangi alam dan makhluk serata

Menjalin rindu menguntum kemewahan
Di dada aman yang terbentang
Mengumpul sayang di embun yang shahdu
Menyimpan sedih di penjara waktu
Jua pada rerumput di bumi
Tercurah semua rahsia rasa…..
Pilunya tersaji
Di muka taman kesyukuran

Bunga di jambangan
Setulus musim
Mencorak gembira
Namun aku meraba-raba seketika
Di dada yang tiada menentu arahnya
Buat mencari setitis hikmah
Ditepian sendu senja
Yang berulang dan berlalu
Indahnya nikmatmu Ramadhan...