About Me

My photo
Kuala Lumpur, Malaysia
"luaskan idea & imaginasi"




Sunday, August 29, 2010

Rahsia Ketenangan Hati

Ingin saya kongsikan bersama-sama dengan anda semua
supaya menjadi renungan bersama...

1.Doa harian pada setiap selepas solat 






2.Menghidupkan malam dengan beribadah.













(4 penawar bagi org yg bangun malam.)


  • dapat merapatkan diri pada ALLAH.
  • dapat mencegah diri daripada perkara2 perbuatan maksiat.
  • dapat menghapuskan dosa2 kita pada ALLAH.
  • dapat menghapuskan penyakit pada badan kita.
9 keistimewaan daripada ALLAH bagi orang bangun malam solat tahjud.

(5 perkara akan dapat didunia)

  • diselamatkan dari segala bencana.
  • berkat akan nampak keatas wajahnya.
  • dirinya akan disukai oleh hamba ALLAH.
  • dirinya akan bercakap secara hikmah.
  • dirinya akan diberi kebijaksanaan oleh ALLAH.






(4 perkara akan dapat diakhirat)

  • akan dipimpin tangannya dari kubur dengan wajah yang berseri2.
  • diringankan hisab dan perhitungannya.
  • dia akan dimudahkan meniti sirathalmustaqem seperti kilat menyambar.
  • akan menerima kitab amalannya dari tangan kanan.






3.Dengan menyedari bahawa waktu yang diberi oleh ALLAH pada kita ini tidak boleh kita ganti semula.

(4 waktu jika kita manfaatkan dengan betul,kita akan memiliki jiwa yg tenang)

  • ketika kita menerima nikmat (bersyukur).
  • ketika kita ditimpa bencana dan musibah (bersabar,reda dan tabah)
  • kita kena taat dan istiqamah pada ALLAH (solat,baca quran,zikir dll)
  • kita kena sedar akan dosa kita kepada ALLAH (bertaubat dan beristriqfar)
4.Memahami keistimewaan zikrullah.(banyak berzikir) 

5.Sentiasa berteman dengan kawan-kawan yang baik akhlaknya (soleh dan solehah)

6.Hendaklah kita bersihkan jiwa kita daripada sifat yang tercela.(rohani)

(cara membersihkan jiwa kita)


  • bertaubat pada ALLAH.
  • kita sendiri ada keazaman untuk berubah.
7.Sentiasa muhasabah diri.
  • sentiasa berfikir dahulu sebelum melakukan satu perkara.
  • pemaaf






8.Muraqabah (sentiasa merasakan ALLAH bersama kita)

9.Mujahadah (bersungguh-sungguh)


  • melakukan ketaatan kepada ALLAH dengan bersungguh-sungguh.

Saturday, August 28, 2010

Ramadhan








Ku sambut mesra bulan Ramadhan yang mulia ini                         
Bersama terang dan sinar mentari pagi




Tersenyum mawar dan melor sejuta bunga
Dengan berbagai gaya dan kembangnya
Menenangi alam dan makhluk serata

Menjalin rindu menguntum kemewahan
Di dada aman yang terbentang
Mengumpul sayang di embun yang shahdu
Menyimpan sedih di penjara waktu
Jua pada rerumput di bumi
Tercurah semua rahsia rasa…..
Pilunya tersaji
Di muka taman kesyukuran

Bunga di jambangan
Setulus musim
Mencorak gembira
Namun aku meraba-raba seketika
Di dada yang tiada menentu arahnya
Buat mencari setitis hikmah
Ditepian sendu senja
Yang berulang dan berlalu
Indahnya nikmatmu Ramadhan...

Ibu Dan Ayah

ibu dan ayah…..                
Pengorbananmu.. laksana titisan embun
Terhidang di dada subuh
Meresapi ranting-ranting
Umbut usia pagi…..
Ibu dan ayah…..
Di atas jalan semalam
Bayi anakmu
Kau hiasi pada mata dan telinga
Kuntum-kuntum wangi
Yang terbau keharuman
Bicaranya mengalir air mata
Ibu dan ayah…..
Membesarnya anakmu
Dalam usia restu musim
Bersama tinta doamu
Di muka awan
Bersama jelmaan pelangi
Tangan ibu yang tak ternilai
Ibu dan ayah…..
Betapa kebanggaan
Mengharum di kamar hati
Nyanyian ibu lembaran lama
Selembut maya
 Kedewasaan ibu dan ayah...
Pasti belum mengenal ketuaan
Di hujung senja ini
Sekepal hati
Cair di kaki
Ibu dan ayah…..
Mengertilah
Jari-jari anakmu yang pendek
Adalah serpihan kuku ibu dan ayah
Buat pengertian….
Masa demi masa...

Gerak Hati





Hati dan rasa tak pernah salah….
Keduanya selalu nyata….

Ketika hati….

Rasa….

Nadi dan jantung….

Bergumul, menyatu, dalam satu tekad….

lelapku kini tak lagi senyapkan malam...


sebab malam tak lagi lelap bagiku...
malam hanya sebatas gelap...

dalam kelamnya aku bersuara...
dalam pekatnya aku berkata...

malam adalah nafasku...


nafas yang membuatku hidup...
hidup dalam dunia khayalku...

dalam dunia yang kucipta dalam imaginasi...


dan ku tuang dalam bentuk puisi...


Friday, August 27, 2010

Santai-santai Saja...


Lokasi malam ini tidak diduga...kami berpusing-pusing untuk mencari
lokasi yang sesuai untuk bersantai...hahaha...akhirnya disinilah destinasi kami...
Bukit Puchong nama diberi...tujuan aktiviti ini adalah untuk memuaskan
hati sendiri saja...huhuhu...maklumlah..tak tau nak buat apew kat rumah...
sedikit memori dan kenangan yang dapat ku coretkan...

Friday, August 6, 2010

Suara Hati Untuk Kawan-kawan...

Dalam hidup kita ini...mesti ada teman dan sahabat...jika tidak hidup kita tiada warnanya...inilah yang hendak ku coretkan...kepada sesiapa saja yang mengenaliku...di setiap pelusuk dunia...yang ku gelar "SAHABAT"...memang betul sesuatu ikatan persahabatan itu...akan kekal hingga ke hujung nyawa atau hingga nafas terakhir kita...bagiku sahabat atau teman memang penting dalam hidup seseorang...terutamanya dalam hidupku...tanpa mereka...hmmmm....tidak tahulah bagaimana corak yang terhasil dalam hidupku...mereka amat penting bagiku...yang banyak mengajarku erti hidup sendiri dan berdikari di dunia ini...terima kasih kepada semua yang mengenali diriku..."SAHABAT"ku...anda semua amat membahagiakan...dikala ku susah dan senang...tidak perlulah ku tuliskan nama-nama kalian...kerana terlalu ramai yang membahagiakanku...ikhlas dari hatiku...sebenarnya tidak dapat ku ungkapkan dalam kata-kata...tapi itulah...ku ingin semua orang tahu...ku amat sayangkan semua "SAHABAT"ku...tanpa anda semua...mungkin terbatas pengetahuanku...dengan adanya dan terciptanya anda semua...dapatku lukiskan garisan-garisan pelangi di dalam hatiku...dan warna-warna dalam pelangi itu terhasil daripada anda semua...

Mungkin sampai disini sahaja yang dapat ku coretkan tentang isi hatiku kepada semua "SAHABAT"ku...hanya tuhan saja yang dapat membalas budi baikmu...semoga anda semua bahagia di dunia dan akhirat...ameen...


Tuesday, August 3, 2010

Hadapi Dengan Senyuman

Hadapi dengan senyuman 

Semua yang terjadi 
Biar terjadi 
Hadapi dengan tenang jiwa 
Semua akan baik baik saja 


Bila ketetapan tuhan 
Sudah ditetapkan 
Tetaplah sudah 
Tidak ada yang akan merubah 


Dan tidak akan pernah berubah 
Relakanlah saja ini 
Bahawa semua yang terbaik 
Terbaik untuk kita semua 
Menyerahlah untuk menang

Biografi

Nama diberi Annis Bin Shafaruddin...ku dilahirkan di dunia ini pada 15 Mei 1990...zodiak Taurus...ku seorang yang biasa-biasa saja...tapi sangat menyukai pada pembaharuan...selain itu ku seorang yang sangat cintakan kesasteraan melayu dan bahasa malaysia...jika diizinkan...ku ingin jadikan bahasa malaysia dijadikan bahasa perantaraan di Malaysia...tidak tahu mengapa ku sangat sukakannya...tapi itulah hakikatnya...


Ku mendapat pendidikan...tempat ku menimba ilmu dari dulu sampai sekarang :

Sekolah Kebangsaan Bandar Baru Selayang (SKBBS)
Sekolah Menengah Kebangsaan Ideal Heights (SMKIH)
Universiti Industri Selangor (UNISEL)


Tempat-tempat inilah yang membentukku menjadi seorang manusia...yang pastinya...selain daripada tempat-tempat ini...ibu dan bapaku juga yang menjadi sandaran dan kekuatan kepadaku berjaya di dunia ini...tanpa mereka...siapalah diriku...ku menuntut ilmu dahulu...tidak terlintas di hati pun ingin jadi seperti sekarang...memang betul hidup setiap manusia ada takdirnya...hanya usaha dan kesungguhan sahaja yang dapat mengubahnya...jika tidak...ianya tidak ke mana-mana...kejayaan seseorang manusia itu...tidak akan dapat di capai kecuali dengan usahanya...seperti mana ku katakan tadi...pada sekolah rendahku...cita-citaku hendak menjadi seorang doktor...tetapi bila ku sedar...ku tengok darah pun...terhuyu hayang duniaku...hehehehe....tapi sekarang sudah pulih...selepas apa yang ku lalui dalam menjadi seorang manusia...ku sudah dapat mengatasinya...masa di sekolah menengah pula...ku ingin menjadi seorang akauntan...jadi ku menganbil subjek perinsip perakaunan sebagai subjek terasku...tetapi bila ku sedari kepayahan, kesusahan dan kesempitan ketika mengambil sijil pelajarn malaysia (SPM)...ku tahu...akaun bukan duniaku...

Kemudian ku menyambung pengajianku di institut pengajian swasta (IPTS)...tidak terlintas pun hendak masuk ke dunia universiti...kerana sudah seronok di dunia pekerjaan...tapi itulah takdirnya...kita hanya merancang tuhan yang menentukannya...jadi...ku pun masuklah ke Universiti Industri Selangor ini...sepertimana ku berada sekarang...dengan harapan ingin mencuba sesuatu yang baru...menganbil kursus Diploma  Seni Reka Grafik dan Digital...lama-kelamaan...hatiku pun terpaut pada seni dan reka ini....


Selepas ini tidak tahulah ke mana arah tujuku...dengan ilmu yang ada di dada...insyaallah...hidupku akan berada dalam dunia yang positif...ameen...

sekian sahaja...sampai disini yang dapat ku coretkan...


Email : aniz15@yahoo.com / annissimfoni@gmail.com

Monday, August 2, 2010

Kau Harus Ada

Lelah parut senyum dah jemu
Metafora cair bertemu
Rasa itu ini sementara
Ku takkan di sini selamanya
Rugi jika sendiri
Hanyut jika sendiri

Kau harus ada
Kau harus ada dimana tempat ku berada
Kau harus ada
Kau harus ada bersamaku

Rasa itu ini sementara
Ku takkan di sini selamanya
Rugi jika sendiri
Hanyut jikaku sendiri

Kau harus ada
Kau harus ada dimana tempat ku berada
Kau harus ada
Kau harus ada bersamaku
Kau harus ada
Kau harus ada dimana tempat ku berada
Kau harus ada
Kau harus ada bersamaku



Artis : Hujan

Sunday, August 1, 2010

Stereokumonomu

Pejamkanlah matamu
sistem hidup ku yang satu
ku strummingkan melodi indah
kisah malam kau dan aku
riang, riang berterbangan.


Kau terangi suasana
kini simfoni bagai nyata
riang di udara, di udara.


Kaulah stereomonoku
penghibur hati yang pilu
kan ku hadiahkan bintang
bila tiba hari lahirmu
riang, riang berterbangan.


Kau terangi suasana
kini simfoni bagai nyata
riang di udara, di udara, di udara.


Stereomonoku, stereomonoku, stereomonoku
mataharimu.
Stereomonoku, stereomonoku, stereomonoku
dalam hari ku.
Riang, dalam tarimu.
Riang…
Stereomonoku, stereomonoku, stereomonoku
mataharimu.
Stereomonoku, stereomonoku, stereomonoku
dalam hari ku.
Riang…


Artis : OAG


Monolog

Ku tutup mataku...mengenangkan bayang-bayang di awangan...luas terbentang pautan di hati...kosong minda sebentar...curiga menghampiri...pudar kata...tergetar jiwa...sepi sendiri melayan hati...tundukkan wajah ke bumi...meletakkan tangan di setiap pancaindera...sejenak terkenang puisi suria mentari...berfikir kelam di hati...berjanji diri pasti...tersurat kembali yang tersirat pergi...garisan duka mengalir deras...membasahi pipi sendiri...tidak diduga ia terjadi...harus diterima pasti...membersih hati mencipta pelangi...hujan gerimis turun menimpa bumi...redha menjadi manipulasi diri...tenang pulang tetapi suram...terhasilnya puisi hati...






Malam semakin gelap gelita…semakin jauh ku sendiri…membilang hari-hari pergi…kelam gelita bersemi di hati sanubari…kata berdetik sunyi menghimpit…sendiri lagi dan masih sendiri…kadang kala…tidak terasa kehadirannya…menjalani kehidupan seharian seperti biasa…tetapi apabila ia hadir secara tiba-tiba…rebah diri terasa…hati berdetar dengan laju tanpa henti…serabut kembali hidup ini…terasa kosong jiwa…hati sepi…memang sukar untuk difahami…tapi itulah yang ku alami…hampir setiap hari…ku harus tempuhinya sendiri tanpa henti…bergelora sanubari dalam diri…kalbu berbisik dengan bahasa hati…mungkin ini memang garisan hidup yang harus ku lalui…walaupun kadang kala ingin mengalir air mata membasahi pipi…menghirup udara sedalam-dalamnya untuk kembalikan keseimbangan diri…lemah kudrat untuk lalui hari-hari yang bakal bertandang…halusinasi terjadi dengan sendiri…tanpa dinanti…ketika ini kata, perlakuan, lisan, dan pancaindera menjadi kabur seketika…terus bermimpi melayangkan diri… 

Teman

Sahabat...
Satu perkataan...
Yang mempunyai pelbagai...
Makna dan kata...
Keindahan dan situasinya...
Sungguh halus dan penuh cahaya...
Tanpanya...
Manusia tiada keseimbangan...
Gelap gelita jiwa...
Pudar kata...
Sejuk bahasa...
Hati duka...
Kerana bertandangnya ia...
Ibarat segaris pelangi...
Yang mewarnai ruang-ruang...
Gelita yang halus...
Tidak dapat ditembusi mata...
Hanya dapat dirasai...
Di dalam hati...
Ianya mudah hilang...
Jika tidak dipelihara...
Tapi hadirnya...
Adalah untuk...
Selama-lamanya...
Itulah sinar...
Dalam hidup kita...

Satu Perjalanan




Hidup ini...
Bagaikan satu pentas dunia...
Hanya ada untuk sementara...
Kita yang menentukan coraknya...
Jika putih coraknya...
Maka bersihlah hasilnya...
Jika hitam coraknya...
Maka sebaliklah hasilnya...
Hanya kita yang mencoretkan...
Titik permulaan...
Dan noktah akhirnya...

Hati

Cinta...
Adalah satu...
Anugerah hidup...
Ada masanya...
Ia membahagiakan...
Ada kalanya...
Ianya sungguh menyakitkan...
Tanpa cinta...
Manusia hidup...
Dalam kesunyian dan kesepian...
Gelap gelita kehidupan...
Laluan menjadi sempit...
Kelam suasana hati...
Melara jiwa sendiri...
Tapi ada kebahagiaan...
Di dalamnya...
Pudar jika diungkapkan...
Dengan kata-kata...
Curiga jika di hati...
Memang sukar metaforanya... 
Itulah CINTA...

Penghasilan



Tajuk: "serabut"
Projek : Poster






Tajuk: "Footballs"
Projek : Cover Buku







Tajuk: "Jeritan"
Projek : Poster Filem







Tajuk: "CARGAS"
Projek : Poster Animasi 2D







Tajuk: "Nandos"
Projek : Packaging






Tajuk: "Cadbury Bytes"
Projek : Copywriting






Tajuk: "Ikat Jangan Tak Ikat"
Projek : Identiti Korporat






Tajuk: "Cadbury Bytes Advertisement"
Projek : Advertising And Art Direction