About Me

My photo
Kuala Lumpur, Malaysia
"luaskan idea & imaginasi"




Tuesday, August 3, 2010

Biografi

Nama diberi Annis Bin Shafaruddin...ku dilahirkan di dunia ini pada 15 Mei 1990...zodiak Taurus...ku seorang yang biasa-biasa saja...tapi sangat menyukai pada pembaharuan...selain itu ku seorang yang sangat cintakan kesasteraan melayu dan bahasa malaysia...jika diizinkan...ku ingin jadikan bahasa malaysia dijadikan bahasa perantaraan di Malaysia...tidak tahu mengapa ku sangat sukakannya...tapi itulah hakikatnya...


Ku mendapat pendidikan...tempat ku menimba ilmu dari dulu sampai sekarang :

Sekolah Kebangsaan Bandar Baru Selayang (SKBBS)
Sekolah Menengah Kebangsaan Ideal Heights (SMKIH)
Universiti Industri Selangor (UNISEL)


Tempat-tempat inilah yang membentukku menjadi seorang manusia...yang pastinya...selain daripada tempat-tempat ini...ibu dan bapaku juga yang menjadi sandaran dan kekuatan kepadaku berjaya di dunia ini...tanpa mereka...siapalah diriku...ku menuntut ilmu dahulu...tidak terlintas di hati pun ingin jadi seperti sekarang...memang betul hidup setiap manusia ada takdirnya...hanya usaha dan kesungguhan sahaja yang dapat mengubahnya...jika tidak...ianya tidak ke mana-mana...kejayaan seseorang manusia itu...tidak akan dapat di capai kecuali dengan usahanya...seperti mana ku katakan tadi...pada sekolah rendahku...cita-citaku hendak menjadi seorang doktor...tetapi bila ku sedar...ku tengok darah pun...terhuyu hayang duniaku...hehehehe....tapi sekarang sudah pulih...selepas apa yang ku lalui dalam menjadi seorang manusia...ku sudah dapat mengatasinya...masa di sekolah menengah pula...ku ingin menjadi seorang akauntan...jadi ku menganbil subjek perinsip perakaunan sebagai subjek terasku...tetapi bila ku sedari kepayahan, kesusahan dan kesempitan ketika mengambil sijil pelajarn malaysia (SPM)...ku tahu...akaun bukan duniaku...

Kemudian ku menyambung pengajianku di institut pengajian swasta (IPTS)...tidak terlintas pun hendak masuk ke dunia universiti...kerana sudah seronok di dunia pekerjaan...tapi itulah takdirnya...kita hanya merancang tuhan yang menentukannya...jadi...ku pun masuklah ke Universiti Industri Selangor ini...sepertimana ku berada sekarang...dengan harapan ingin mencuba sesuatu yang baru...menganbil kursus Diploma  Seni Reka Grafik dan Digital...lama-kelamaan...hatiku pun terpaut pada seni dan reka ini....


Selepas ini tidak tahulah ke mana arah tujuku...dengan ilmu yang ada di dada...insyaallah...hidupku akan berada dalam dunia yang positif...ameen...

sekian sahaja...sampai disini yang dapat ku coretkan...


Email : aniz15@yahoo.com / annissimfoni@gmail.com

No comments:

Post a Comment