About Me

My photo
Kuala Lumpur, Malaysia
"luaskan idea & imaginasi"

Saturday, August 28, 2010

Ibu Dan Ayah

ibu dan ayah…..                
Pengorbananmu.. laksana titisan embun
Terhidang di dada subuh
Meresapi ranting-ranting
Umbut usia pagi…..
Ibu dan ayah…..
Di atas jalan semalam
Bayi anakmu
Kau hiasi pada mata dan telinga
Kuntum-kuntum wangi
Yang terbau keharuman
Bicaranya mengalir air mata
Ibu dan ayah…..
Membesarnya anakmu
Dalam usia restu musim
Bersama tinta doamu
Di muka awan
Bersama jelmaan pelangi
Tangan ibu yang tak ternilai
Ibu dan ayah…..
Betapa kebanggaan
Mengharum di kamar hati
Nyanyian ibu lembaran lama
Selembut maya
 Kedewasaan ibu dan ayah...
Pasti belum mengenal ketuaan
Di hujung senja ini
Sekepal hati
Cair di kaki
Ibu dan ayah…..
Mengertilah
Jari-jari anakmu yang pendek
Adalah serpihan kuku ibu dan ayah
Buat pengertian….
Masa demi masa...

No comments:

Post a Comment